Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNKK Tawau gagalkan cubaan seludup petrol

TAWAU –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup 7,000 liter minyak petrol ke negara jiran dalam satu serbuan di sini semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK Tawau, Peter J.Berinus Agang berkata, serbuan di sebuah stor berhampiran Jeti Tawau itu, pihak berkuasa turut merampas sebuah lori tangki berisi 2,000 liter petrol dan 25 tong minyak masing-masing berisi 200 liter petrol.

“Nilai rampasan dianggarkan RM14,840,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, serbuan kira-kira  jam 1.15 petang itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan anggota KPDNKK selama tiga hari terhadap sebuah lori yang mencurigakan.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyeludupan,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.  – Oleh MASANI SANDAN / Sayangsabah

CUBA DISELUDUP.. Lori tangki dan tong drum berisi petrol yang dirampas oleh pihak berkuasa. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan