Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNKK Sabah Rampas Selipar, Kasut Tiruan Bernilai Lebih RM30,000

KOTA KINABALU, 9 Okt : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah merampas 4,563 pasang selipar dan kasut disyaki berjenama tiruan bernilai lebih RM30,000 dalam serbuan di dua buah premis di Penampang, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Negeri, Yahya Sujak berkata hasil serbuan itu, pihaknya merampas 3,650 pasangan selipar jenama Fipper  serta 650 pasang selipar dan 263 kasut jenama Adidas.

“Dua premis besar ini, kami percaya adalah setor, diserbu pegawai kami selepas kami menerima aduan daripada pemilik cap dagang Fipper ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 8 (2) (A) Akta Perihal Dagangan 2011, katanya.

Sementara itu, Yahya berkata pada 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 4,794 paket minyak masak bernilai RM83,365 dan gas petroleum cecair (LPG) bernilai lebih RM170,000 yang disyaki cuba diseludup keluar dari negeri Sabah berjaya dirampas agensi itu.

Katanya, dalam tempoh tersebut, KPDNKK Sabah telah berjaya membuat rampasan pelbagai barangan bernilai lebih RM1.9 juta dan kutipan denda dan kompaun masing-masing sebanyak RM208,250 dan RM387, 000.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan