Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNKK Rampas Lima Komputer Riba, Perisian Haram Bernilai RM16,000 Di George Town

kpdnkk

GEORGE TOWN: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang merampas lima komputer riba dan lima salinan perisian cetak rompak bernilai RM16,000 di Bayan Lepas, di sini.

Timbalan Penguatkuasa KPDNKK negeri Johary Yacob berkata serbuan pada 5 petang Isnin lepas di premis yang terletak dalam pusat beli-belah itu turut mendapati pemiliknya menjual komputer dengan perisian cetak rompak secara pakej dengan harga murah untuk menarik pelanggan.

“Trend sekarang komputer dijual berasingan dengan perisian dan pembeli biasanya dikenakan caj tambahan untuk memasang perisian yang dikehendaki. Kalau ia tulen harganya lebih mahal,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata strategi perniagaan sedemikian, salah dari segi etika dan terdapat juga kes pembeli ditipu kerana tidak mengetahui status sebenar perisian yang digunakan.

Beliau berkata KPDNKK negeri telah menghantar surat amaran kepada semua syarikat pengeluar dan pengedar komputer termasuk premis di kompleks beli-belah seluruh Pulau Pinang mulai Mei lepas mensyaratkan komputer dijual bersama perisian tulen.

Johary turut meminta pengurusan pusat beli-belah mengambil tindakan tegas terhadap penyewa yang menjual perisian cetak rompak termasuk menyenarai hitam dan menghalang mereka daripada terus berniaga.

Premis yang didapati menyimpan perisian haram boleh disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan