Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPDNKK Perkenal Mekanisme Baharu Banteras Ketirisan LPG Di Pulau Sebatik

10:05pm 07/11/2015 Pak Roshan 181 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

gas

TAWAU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan beberapa mekanisme baharu untuk membanteras isu ketirisan penjualan tong gas petroleum cecair (LPG) di kawasan Pulau Sebatik.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata antara mekanisme  dilaksanakan adalah mengenakan syarat, hanya warganegara dan pemegang kad  penduduk tetap (PR) dibenar membeli tong gas berkenaan bermula 1 Dis depan.

“Kita juga menetapkan hanya satu pembekal LPG dibenar beroperasi serta membawa LPG ke pulau berkenaan berbanding pada masa ini, sebanyak 78 pembekal yang jumlahnya dianggap tidak munasabah dengan jumlah 1,219 keluarga di 16 buah kampung di pulau berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Agensi Penguatkuasa mengenai isu berkenaan, yang turut dihadiri Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun.

Selain itu, Alias berkata sebanyak 33 pemegang lesen di bawah Akta Kawalan Harga di Pulau Sebatik, akan dikaji untuk dikurangkan sehingga 50 peratus berdasarkan keperluan sebenar pengguna di kawasan berkenaan.

“Peraturan lebih tersusun juga akan dilaksana dengan hanya menyediakan sebuah jeti untuk membawa LPG ke pulau berkenaan. Kita berharap dengan adanya mekanisme baharu itu, isu ketirisan barangan berkenaan dapat diatasi,” katanya.

Pada masa sama, Alias berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan lesen untuk mengeksport LPG ke negara jiran, berikutan permintaan tinggi terhadap tong gas berkenaan menjadi faktor utama berlakunya ketirisan.

“Oleh kerana isu itu sering berbangkit, kita tiada pilihan selain membenarkan permohonan lesen untuk mengeksport keluar tong gas berkenaan ke negara jiran,” katanya.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan