Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPDNKK Mahu Perketat Kriteria Lesen Perniagaan Di Kawasan ESSCom

10:51am 06/04/2016 Pak Roshan 197 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esscom-kudat

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperketat kriteria pemberian lesen perniagaan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) susulan insiden penculikan di perairan negeri itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pemberian lesen kepada peniaga di kawasan perairan pantai timur Sabah perlu dikawal demi menjamin keselamatan mereka.

Pihak kementerian akan berbincang dengan ESSCom berhubung aktiviti perniagaan di kawasan itu yang merangkumi Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau hingga ke kepulauan di selatan Filipina, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Sembang Santai Francais (SSF) di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya perdagangan sistem barter antara Sabah dan selatan Filipina dikaji semula dengan segera berikutan kes penculikan empat warga Malaysia di kawasan perairan Sabah pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, Hamzah mendakwa perdagangan kedua-dua pihak itu membuka ruang kepada jenayah lain termasuk penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran yang menyebabkan berlakunya ketirisan wang negara.

“Kita faham ada keuntungan yang diberikan melalui perniagaan itu tapi keselamatan adalah lebih mustahak…kita tidak mahu aktiviti perniagaan dijadikan sebagai peluang kepada aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan