Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNKK, ESSCOM Sekat Cubaan Seleweng Bahan Api

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggagalkan cubaan menyeleweng barangan kawalan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan petrol di Tawau Rabu lepas.

Ketua Cawangan KPDNKK Tawau, Peter J.Berinus Agang berkata dalam serbuan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Batu kira-kira 10.30 pagi, pihaknya merampas 425 tong LPG dan 480 liter petrol bernilai RM34,066.

“Dipercayai kesemua barangan kawalan yang disita itu sedang menunggu proses pemunggahan ke destinasi ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, suspek dapat melarikan diri apabila menyedari kegiatan mereka dikesan pihak penguat kuasa.

Kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Difahamkan beberapa pendatang asing tanpa izin yang berkhidmat sebagai pengangkat barang di kawasan jeti berkenaan ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan