Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPDNKK catat 1026 kesalahan sehingga November tahun ini

KOTA KINABALU: Sepanjang Januari hingga November tahun ini sebanyak 1026 kes telah dicatatkan atas pelbagai kesalahan perdagangan melalui pemeriksaan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sabah (KPDNKK).

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid, kes ini dicatatkan berdasarkan pemeriksaan KPDNKK melalui Bahagian Penguatkuasaan melibatkan sebanyak 45,570 premis dengan nilai rampasan sebanyak RM2,534,479.99 dan nilai kompaun yang berjaya dikutip sebanyak RM289,270.00.

“Dalam memperkasakan pengguna, sebanyak 246 program kepenggunaan telah dilaksanakan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM210,000.00 dan 5,575 orang ahli Friends of KPDNKK (FOK) juga telah berjaya didaftarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan ketika Persidangan DUN ke-14 Negeri Sabah, hari ini.

Menjawab soalan yang dikemukan oleh ADUN Inanam berhubung isu kanak-kanak jalanan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu beliau menyatakan, pihak kementerian beliau di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan membuat siasatan ke lokasi aduan.

“Jika terdapat kanak-kanak yang dimaksudkan, pihak  Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan membawa kanak-kanak berkenaan ke Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu sekiranya mempunyai dokumen dan berstatus warganegara.”

“Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mempunyai dokumen dan bukan warganegara, mereka akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar ke Rumah Perlindungan Ehsan sehingga dituntut oleh waris mereka,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, kementeriannya juga sering membuat operasi berjadual dan bersepadu bersama agensi-agensi yang lain bagi tujuan ini dan sepanjang tahun ini sebanyak enam operasi telah dilaksanakan.

“Kes cadangan berhubung kanak-kanak jalanan di negeri ini juga telah disediakan dan setelah semakan terakhir dibuat, kementerian saya akan menyerahkan kertas cadangan berkenaan dan akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu Pendatang Tanpa Izin di Sabah,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan