Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNKK berjaya kekang penyeludupan keluar gula, minyak

 Gula dan minyak masak yang disimpan dalam premis itu. - foto ihsan KPDNKK
Gula dan minyak masak yang disimpan dalam premis itu. – foto ihsan KPDNKK

TAWAU – Pelbagai jenis barangan keperluan harian iaitu gula dan minyak masak yang cuba diseludup ke luar berjaya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah premis perniagaan di Batu 8, Jalan Luasong-Kalabakan kira-kira 100 kilometer dari Tawau.

Ketua Cawangan KPDNKK Tawau, Peter J. Berinus Agang berkata, pihaknya merampas  3,401 kilogram (kg) gula dan minyak masak 1,852 kg bernilai RM14,300 dalam serbuan yang dilakukan pada Sabtu lalu kira-kira pukul 1.30 petang.

Kesemua barangan berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar dan sedang menunggu proses pengagihan ke destinasi yang tidak diketahui. Semasa pemeriksaan dijalankan, pemilik premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan mengenai pemilikan barangan kawalan tersebut yang melebihi had diperuntukkan dalam lesen pemilik premis,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes tersebut kini sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta dan tiga tahun penjara. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan