Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPDNKK anjur bicara kos sara hidup 22 september ini

9:52am 17/09/2016 Leolerry Lajius 59 views Tempatan
Kenangan.....Kunjungan hormat ahli jawatankuasa Skuad Pengguna Sabah diketuai Datuk Amisah Yassin bersama Pengarah KPDNKK, Yahya Sulaiman kepada Datuk Jainab Ahmad di pejabat beliau Wisma Tun Fuad Stephens.

Kenangan…..Kunjungan hormat ahli jawatankuasa Skuad Pengguna Sabah diketuai Datuk Amisah Yassin bersama Pengarah KPDNKK, Yahya Sulaiman kepada Datuk Jainab Ahmad di pejabat beliau Wisma Tun Fuad Stephens.

KOTA KINABALU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Sabah dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Pengguna Negeri Sabah akan menganjurkan Forum Bicara Kos Sara Hidup pada 22 Sept ini di Wisma Wanita.

Pengerusi Pelaksana Forum Bicara Kos Sara Hidup, Datuk Aminah Ambrose berkata forum ini akan melibatkan beberapa ahli panel terdiri Timbalan Pengarah, Yahya Sujak dari Perjabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sabah Universiti Institut Teknologi Mara (Dr. Rozita Mohamed, pensyarah UiTM), Kastam DiRaja Malaysia dan Intan Tabdiran Awam Malaysia (Intan).

Beliau berkata majlis perasmian penutupan  akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tambah beliau objekitf Forum tersebut adalah mendidik, menyebar luas dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang faktor dan solusi kepada isu kos sara hidup yang meningkat di kalangan orang ramai.

Jelasnya, selain mengukuhkan jaringan kerjasama antara pusat perkhidmatan dalam komuniti dan membentuk generasi pengguna kendiri yang bermaklumat, bijak dan bertanggungjawab program berbentuk forum ini turut membincangkan isu-isu berkenaan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

“Fokus program ini bukan hanya menumpukan kepada menyebar luas pengetahuan berkenaan kos sara hidup semata-mata, malah ia diharapkan dapat dijadikan sebagai satu platform bagi mencari faktor- faktor dan solusi kepada isu kos sara hidup yang tinggi supaya masyarakat dapat lebih memahami konsep kos sara hidup,” jelas Aminah yang juga Timbalan Pengerusi Skuad Pengguna negeri Sabah.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawantakuasa Pelaksana Forum Bicara Kos Sara Hidup di Kota Kinabalu.

Menurut Aminah dijangka kira-kira 300 penyertaan terdiri daripada penjawat awam, belia-beliawanis, mahasiswa daripada IPTA dan IPTS, ahli-ahli politik serta ahli pertubuhan bukan kerajaan.

“Dalam forum itu turut diadakan sesi dialog, sesi soal jawab dan kuiz untuk kepada para peserta terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, penjawat awam, belia-beliawanis, pelajar IPTA dan IPS,” jelas beliau./SayangSabah

 

Aminah Ambrose semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Forum Bicara Kos Sara Hidup.

Aminah Ambrose semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Forum Bicara Kos Sara Hidup.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan