Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KPDNK akan berjumpa pengilang bincang bekalan keperluan asas

10:54pm 07/06/2014 Pak Roshan 3 views Nasional

hassan

KUALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan bersemuka dengan pengilang dan pembekal barangan keperluan asas pada minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan jaminan kukuh bahawa tidak akan berlaku sebarang permasalahan dan gangguan daripada sektor pengeluaran sehingga menyukarkan pengguna mendapatkan bekalan itu terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Katanya, pada masa sama, pihaknya turut mengambil maklum balas dan mendengar segala masalah yang dihadapi pihak industri berhubung faktor kekurangan bekalan yang berlaku.

“Kementerian akan mengadakan mesyuarat dengan industri, persatuan, pembekal dan penternak serta pihak pengilang untuk mendengar sendiri masalah mereka bagaimana kekurangan bekalan itu berlaku.

“Kita tidak mahu ada pengilang mengurangkan pengeluaran dan peniaga menyorok bekalan kerana itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Ibu Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (Koopnita) di sini hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan