Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KPDNHEP PANTAU PENIAGA AMBIL KESEMPATAN TERHADAP SST

Pengarah KPDNHEP Sabah Yahya Sulaiman (kiri) bersama Saifuddin (dua kiri) turut meninjau barang basah dan mentah yang dijual di pasar raya di Kolombong -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan sentiasa turun padang bagi memastikan tiada kes pencatutan harga berlaku selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mengutamakan pemeriksaan terhadap barangan keperluan harian yang paling kerap dibeli oleh rakyat.

“Kita membuat pemantauan sama ada barangan itu berlaku peningkatan harga barangan seperti telur, minyak masak, gula, susu pekat manis, milo, ayam dan sebagainya ataupun 25 ke 30 item barangan paling popular.

“Kita dapati barangan keperluan ini sememangnya tidak berlaku kenaikan harga yang ketara atau tidak ada kenaikan sama sekali kecuali telur ayam grad B dan C berlaku peningkatan harga yang mana ia berkaitan dengan bekalan dan permintaan.

“Saya difahamkan, ia berlaku disebabkan serangan wabak Selesema Burung di Sabah baru-baru ini, namun kita akan menemui pembekal untuk mengetahui punca sebenar kenaikan harga ini,” katanya.

Saifuddin (kiri) memantau harga ayam berikutan kes wabak Selesma Burung di Sabah baru-baru ini. -Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau berkata demikian kepada media ketika membuat tinjauan kawalan harga barangan dalam Ops Catut 5.0 di Pasar Raya Giant Kolombong di sini hari ini.

Namun, jelasnya, pemilik pasar raya berkenaan menagmbil inisiatif untuk tidak menaikkan harga telur berkenaan dengan memberikan potongan harga kepada pelanggannya agar harga barangan berkenaan tidak berubah seperti asal.

Tambahnya, melalui Ops Catut 5.0 berkenaan, pihaknya akan mengeluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Ini adalah langkah penguatkuasaan kita (kementerian) berikan kepada masyarakat yang mana mereka sentiasa diberikan keutamaan,” jelasnya.

Sementara itu, Saifuddin menyatakan bahawa pihaknya telah memeriksa sebanyak 1,013 pengilang, pengedar, pemborong dan peruncit dengan melibatkan 28,637 item dan 44 notis dikeluarkan kepada pemilik premis untuk memberikan sebab kenaikan harga barangan mereka melalui Ops Catut 5.0. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan