Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KP1M sedang urus dokumentasi kanak-kanak Gaza untuk rawatan susulan di Malaysia

abdul azeez

LABUAN: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sedang menguruskan dokumentasi untuk membawa kanak-kanak dari Gaza, Palestin yang cedera akibat serangan Israel untuk menerima rawatan susulan di negara ini.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyegerakan proses berkaitan untuk membawa 100 rakyat dari Gaza terutama kanak-kanak ke negara ini dalam masa terdekat.

“Sewaktu lawatan misi kemanusian KP1M ke Gaza baru-baru ini, saya dapati 40 peratus mangsa bedilan kekejaman tentera Zionis adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan 40 peratus lagi golongan wanita.

“Selebihnya golongan lelaki serta warga emas dan majoriti warga Palestin cedera putus kaki atau tangan,” kata Abdul Azeez yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO kepada Bernama di sini, semalam selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Labuan.

Beliau berkata antara keperluan kanak-kanak itu termasuk pembedahan otak memandangkan kepakaran dan perubatan yang mencukupi di Malaysia berikutan situasi genting di Gaza masa kini.

Abdul Azeez menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu bersuara menentang kekejaman tentera rejim Zionis memasuki hari ke-47 yang menyaksikan jumlah angka korban meningkat kepada 2,700 orang setakat ini. — Bernama

Komen


Berita Berkaitan