Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Koyak saman, baling polis

koyak saman

Batang Kali: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak biadab apabila mengoyak

notis saman diterima sebelum mencampakkan kertas itu ke arah anggota polis yang menahannya

di Jalan Genting menghala Ulu Yam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun didapati melakukan kesalahan

mengubah suai kenderaan tanpa kelulusan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer

(PUSPAKOM).

Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Bon Jeen Ahrom berkata, lelaki terbabit

yang menunggang motosikal Kawasaki turut menghambur kata-kata kesat kepada anggota polis

bertugas.

“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum

berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen.

“Ketika itulah suspek diberkas sebelum diarah menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mendapati

suspek positif mengambil dadah ganja,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk

siasatan lanjut.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an di kawasan sama selepas mendapati memandu

kereta curi.

“Hasil semakan mendapati suspek adalah penjenayah dikehendaki. Kereta curi Proton Wira

dipandu suspek turut dihantar ke IPD Hulu Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.Dalam

operasi bersepadu itu, sebanyak 1,036 saman dikeluarkan di empat lokasi berasingan di Terminal

Bas Genting, Jalan Gombak menuju susur Genting, Jalan Genting ke Genting Sempah dan Jalan

Genting menuju ke Ulu Yam.

“Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tamat

tempoh cukai jalan dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Pasukan Polis Bantuan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan