Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kotak hitam diserah kepada penyiasat Belanda

kotak hitam belanda

THE HAGUE – Pegawai Malaysia menyerahkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan ke atas tragedi pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine, kata kerajaan Belanda.

Kementerian Luar Belanda berkata, kotak hitam itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa di atas kejadian itu.

“Pakar dari beberapa negara termasuk OVV akan bersama membawa kotak hitam itu ke Farnborough bagi membantu siasatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan