Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Kotak Hitam Bakal Dedah Segala-Galanya” – Tony Fernandes

aa

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, beliau enggan membuat sebarang spekulasi berkenaan tragedi pesawat milik AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas dan menyerahkan kepada siasatan terperinci untuk mendedahkan punca sebenar.

Biarkan kotak hitam mendedahkan jawapannya. Siasatan lanjut akan terus dibuat sejurus selepas kami menemui kedudukan kotak hitam. Ia sangat tidak sesuai untuk saya membuat sebarang telahan.”

Disogok dengan persoalan tentang ganti rugi terhadap keluarga penumpang pesawat, Tony berkata, ia bakal diputuskan setelah siasatan selesai.

Ya, tapi biarlah siasatan selesai dijalankan. Kami akan melakukannya, namun, perlukan bantuan pembantu kewangan secepat mungkin,” ujarnya dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.

Beliau juga menyifatkan tragedi tersebut sebagai ‘mimpi terburuk’ yang pernah dialaminya sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam industri penerbangan, namun dia berjanji tidak akan lari dari tanggungjawabnya.

Operasi akan diteruskan seperti biasa. Indonesia telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Saya merupakan ketua kepada syarikat ini dan saya tidak akan lari dari mana-mana tanggungjawab. Saya seorang yang terbuka, dan akan menjadi sejujurnya dalam isu ini.”

Dalam pada itu, hari ini (Rabu), Tony berkata, dia akan membuat tinjauan ke tempat kejadian di Pangkalan Bun, yang mana pesawat tersebut menghempas air lalu tenggelam di dasar. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan