Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kota Marudu diyakini kekal milik BN

 

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) berikrar
memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen
Kota Marudu dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata janji dan komitmen
itu dinyatakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kota Marudu
kerana yakin hanya BN mampu membela nasib rakyat termasuk komuniti
peladang.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Marudu ialah Timbalan Presiden
Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, manakala di
DUN Matunggong BN diwakili Julita Mojungki dan di DUN Tandek oleh
Datuk Lasiah Baranting @ Anita.

Berucap pada program Muafakat Peladang di sini, Mohd Nazri berkata
Maximus diyakini mampu mengekalkan kerusi Kota Marudu berdasarkan
kepada penerimaan masyarakat setempat terhadap BN.

“Kita melihat sokongan akar-umbi begitu kuat sekali, terutama daripada
komuniti peladang. Malahan ahli kita dalam PPK sudah menyatakan ikrar
sokongan padu kepada kesemua calon BN yang bertanding di sini,”
katanya.

Hadir sama pada majlis itu Maximus dan Anita serta beberapa pemimpin peladang.

Menurut Mohd Nazri, Maximus dan dua calon BN yang lain diterima oleh
masyarakat akar-umbi kerana kesemua mereka sentiasa sentiasa
mendampingi masyarakat setempat.

“Malah sepanjang mewakili kawasan Kota Marudu, Maximus telah berjaya
membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat di kawasan ini,”
katanya.

Sehubungan itu, beliau optimis kawasan Kota Marudu kekal milik BN
dalam PRU14 selain kerusi DUN Tandek akan kekal dimenangi, manakala
kerusi Matunggong yang diwakili Bebas sebelum ini juga diyakini akan
dikuasai BN.

Maximus dan Anita masing-masing menghadapi persaingan empat penjuru,
manakala Julita pesaingan lima penjuru./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan