Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kota Kinabalu Busker Festival 2015

8:03pm 13/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 137 views Hiburan,Tempatan
Rozza (kiri) menyampaikan cendarahati kepada Datuk Abidin (kanan)

Rozza (kiri) menyampaikan cendarahati kepada Datuk Abidin (kanan)

 

KOTA KINABALU- Majlis pelancaran perasmian Kota Kinabalu Busker Festival 2015 (KKBF 2015) telah berlansung pada hari ini , di Segama Waterfront, di sini.

Program tersebut bertujuan untuk memberikan pegiktirafan kepada usaha warga busker yang telah menghiburkan warga tempatan mahupun pelancong secara percuma.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata kehadiran buskers sebenarnya mampu memeriahkan suasana di bandaraya.

“Persembahan daripada kumpulan buskers ini dapat memberikan sedikit jiwa kepada sesebuah kawasan tersebut atau ‘soul to the city'”, katanya

Menurut beliau, busking merupakan satu landasan kepada para belia yang berbakat dalam seni muzik dan nyanyian untuk mengetengahkan bakat dan kemampuan mereka.

“Festival ini dapat memberikan peluang kepada pemuzik dan seniman jalanan untuk membuat persembahan dan menunjukkan bakat mereka kepada orang ramai”, katanya ketika berucap di majlis perasmian KKBF 2015.

Menurut beliau lagi, bilangan My Busker Corner yang merupakan kawasan khas untuk para busker membuat persembahan telah meningkat kepada lima buah kawasan.

“Usaha DBKK untuk menyediakan kawasan khas kepada para busker ini telah mendapat perhatian daripada pihak luar dimana pihak Perdana Park dan Jesselton Point sudi menerima kehadiran para buskers di kawasan mereka”, tambahan beliau.

Terdapat juga aktiviti lain yang disediakan selain daripada persembahan 12 kumpulan busker termasuklah pelukis jalanan, face- painting, karikatur, cosplay dengan karakter seperti Optimus Prime, Bumblebee, Olaf Maskot, Queen Elsa, Princess Anna, Star Wars serta Clown. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan