Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kota Kinabalu bebas HIV menjelang 2020

Robert (kiri) sambil disaksikan oleh Pemangku Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS Prof.Dr.Zainal Ariffin Mustapha
Robert (kiri) sambil disaksikan oleh Pemangku Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS Prof.Dr.Zainal Ariffin Mustapha

KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu menuju sifar HIV menjelang tahun 2020 adalah usaha mengawal dan mencegah HIV untuk mencapai sasaran ‘Sifar Jangkitan HIV Baru, Sifar Diskriminasi dan Sifar Kematian Berkaitan AIDS’, selaras dengan deklarasi politik HIV/AIDS yang dipersetujui oleh Negara-negara ASEAN.

Demikian ungkapan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya Robert Lipon mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir ketika berucap pada majlis sambutan hari AIDS sedunia peringkat Daerah Kota Kinabalu di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah.

“Objektif program ini adalah untuk mengurangkan jangkitan baru HIV sebanyak 50 peratus dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV,”katanya.

Tambah beliau, pelbagai strategi yang telah dirangcang untuk mendekati kumpulan sasar yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan oleh lima jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan jabatan-jabatan yang berkaitan.

Pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan beberapa faktor utama seperti status epidemik dan beban penyakit HIV di Kota Kinabalu yang memerlukan tindakan bersepadu dan juga komitmen kepimpinan kerajaan serta adanya kemudahan yang membolehkan program tersebut dilakukan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan