Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kota Belud lokasi pertama Rumah Asnaf Bank Islam

Kota Kinabalu : Kota Belud adalah lokasi pertama di Sabah untuk pembinaan rumah golongan asnaf oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Pengerusinya, Datuk Zamani Abdul Ghani berkata rumah baharu yang bernilai RM20 ribu setiap unit itu akan diberikan kepada golongan asnaf yang dikenalpasti oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menurutnya, terdapat dua komponen bagi projek tersebut iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah sedia ada yang meliputi kos keseluruhan RM800 ribu.

“Kita bekerjasama dengan MUIS yang mencadangkan lokasi dan setakat ini Kota Belud telah dikenalpasti, sementara kawasan-kawasan lain masih lagi dalam perbincangan.

“Bagi Kota Belud, kita akan membina empat buah rumah baharu untuk golongan asnaf dan sasaran kita adalah untuk diserahkan pada tahun ini juga.

“Kita telah menjalankan projek pembinaan rumah ini di negeri-negeri lain seperti di Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun lepas,” jelas beliau selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahirddin, di Istana Negeri pada Rabu.

Selain memaklumkan tentang projek tersebut, Zamani turut menyerahkan kutipan zakat perniagaan Bank Islam bagi tahun 2017 yang jumlah RM205 ribu kepada Pengerusi Pusat Zakat Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Pada hari ini, kita menyerahkan zakat perniagaan RM205 ribu, iaitu peningkatan 18 peratus berbanding tahun lepas kepada Pusat Zakat Sabah yang disaksikan sendiri oleh Tun Juhar,” jelasnya.

Beliau diiringi ahli rombongan antaranya, Ketua Pegawai Syariah, Mohd Nazri Chik, Pengurus Syariah, Mohamad Faiz Ibrahim, Penolong Pengurus Besar Pejabat Wilayah Malaysia Timur , Abdul Malek Abdullah./Penerangan-

Zamani menyerahkan replika cek zakat perniagaan Bank Islam bag tahun 2017 kepada Arifin (lima dari kanan), disaksikan Tun Juhar.

Komen


Berita Berkaitan