Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kos sara hidup di Kota Kinabalu RM3,000 sebulan

IMG_20150209_162026KOTA KINABALU – Satu kaji selidik mengenai kos sara hidup menunjukkan bahawa sebanyak 56 peratus individu yang bekerja di bandaraya ini menerima gaji di bawah RM2,500 sebulan, manakala 32 peratus lagi RM3,000 sebulan.

Kajian dijalankan oleh Junior Chamber International (JCI) ke atas individu berumur di antara 25 hingga 40 tahun itu turut menunjukkan bahawa kos sara hidup di bandaraya Kota Kinabalu memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

“Individu yang menerima hasil bulanan di bawah RM2,500 lebih cenderung untuk berhutang, sementara bagi yang menerima atas jumlah itu pula dilihat gemar menabung,” menurut laporan kajian itu di sini hari ini.

Kaji selidik yang dibuat sekitar Oktober tahun lepas itu adalah bertujuan bagi mengkaji bagaimana masyarakat di Kota Kinabalu yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama mengekalkan gaya hidup mereka terutama berkaitan kos makanan, kediaman dan pengangkutan.

“Setiap bulan, individu yang bekerja di bandaraya ini menghabiskan wang gaji mereka untuk membayar makanan (23.94 peratus), pinjaman kenderaan (16.13 peratus) dan pinjaman perumahan (14.28 peratus) dan kos bahan api (11.41 peratus),” menurut laporan itu.

Antara yang paling kurang dibelanjakan ialah kos bayaran balik pinjaman pendidikan sebanyak 1.73 peratus, pengangkutan awam (1.91) dan bayaran letak kenderaan (3.37).

Seramai 83.2 peratus individu bekerja dengan majikan sementara 16.8 peratus lagi bekerja sendiri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata kos sara hidup di bandaraya ini memerlukan sekurang-kurangnya hasil bulanan RM2,000 ke atas.

“Untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa di bandaraya ini memerlukan kos RM2,000 ke atas bagi setiap bulan,” katanya ketika kepada media selepas menyampaikan taklimat mengenai usahawan muda di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kalangan pekerja di sekitar bandaraya ini agar terus meningkatkan produktiviti mutu kerja mereka bagi membolehkan mereka mengekalkan kos sara hidup masing-masing.

“Mutu kerja yang cemerlang boleh memberikan manfaat kepada pekerja dan juga syarikat di mana majikan dapat memberikan kenaikan gaji kepada pekerja yang mempamerkan produktiviti kerja,” katanya yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

DIALOG USAHAWAN... Raymond Tan (duduk) semasa menjawab salah satu soalan peserta dalam sesi dialog.
DIALOG USAHAWAN… Raymond Tan (duduk) semasa menjawab salah satu soalan peserta dalam sesi dialog.

 

Komen


Berita Berkaitan