Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kos pengurusan bangunan perumahan tidak harus bebankan rakyat

Jainab (tengah) menghadiri taklimat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, yang dihadiri oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin di TLDM, Sepangar.
Jainab (tengah) menghadiri taklimat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, yang dihadiri oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin di TLDM, Sepangar.

MENGGATAL -Masyarakat di kawasan perumahan diminta supaya bergiat aktif dalam program Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seperti Skim Rondaan Sukarela, Jiran Muda dan Jiran Wanita bagi membangunkan masyarakat setempat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, penubuhan KRT bukan sahaja mampu memajukan masyarakat dari segi sosial tetapi juga soal keselamatan kawasan yang didiami.

“Masyarakat harus mengambil inisiatif dengan mengambil peluang ini bagi menjamin keselamatan harta benda dan nyawa,” katanya ketika menghadiri sesi dialog komuniti di sini hari ini.

Jainab berkata, pihak pengurusan bangunan agar tidak menaikkan harga kos pengurusan kerana ia membebankan rakyat yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Sebahagian daripada penduduk perumbahan yang menghadiri sesi dialog bersama komuniti dan pengurusan bangunan di Inanam.
Sebahagian daripada penduduk perumbahan yang menghadiri sesi dialog bersama komuniti dan pengurusan bangunan di Inanam.

“Pengurusan bangunan harus mengambil berat akan taraf hidup yang semakin meningkat, ia akan meningkatkan kos pembelanjaan kepada masyarakat,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai itu.

Jainab menegaskan, pemaju perumahan dan badan kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan lebih terperinci agar permasalahan kenaikan harga kos pengurusan bangunan dapat diselesaikan tanpa membebankan rakyat.

“Saya berharap komuniti juga harus mengambil tindakan menang-menang agar masalah ini tidak berterusan sehingga mendapat jalan buntu,” jelasnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan