Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kos Pendidikan Di Malaysia Hampir Percuma

6:13pm 17/10/2016 Pak Roshan 330 views Mutakhir,Nasional

datukseriidrisjusohthestarraff6174

KUALA LUMPUR – Kos pendidikan di Malaysia hampir percuma berikutan usaha kerajaan memberikan pelbagai bantuan kepada para pelajar, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata yuran pengajian di negara ini juga masih murah berbanding dengan universiti di negara lain.

“Jika kita banding kos untuk bidang perubatan, tahunan ialah RM60,000, tetapi hanya lima peratus daripada kos itu ditanggung oleh pelajar-pelajar perubatan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyemak semula yuran akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mengurangkan bebanan kos pelajar pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Malah, katanya, pelajar di negara ini menerima pelbagai bantuan pendidikan termasuk daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membiayai lebih 200,000 pelajar dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dalam pada itu, beliau berkata perbezaan yuran pengajian bagi kursus yang sama ditawarkan di universiti-universiti awam ketika ini adalah kerana ia ditentukan oleh pihak pentadbir universiti berkenaan.

Katanya universiti awam yang dianugerahkan status autonomi boleh meletakkan kadar yuran pengajian masing-masing.

“Bagaimanapun, saya telah buat pengumuman bahawa setiap universiti supaya tidak menaikkan yuran untuk ijazah pertama, ini arahan yang telah saya keluarkan, dan kita lihat tiada peningkatan yuran,” katanya.

Sementara itu, sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika apabila Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mempersoal mengapa universiti negeri Selangor (UNISEL) tidak memberi pendidikan percuma kepada para pelajarnya.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang agar bertenang dan meneruskan persidangan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan