Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kos operasi, pekerja asing isu PKS Cina

PKS Cina

KENAIKAN kos operasi dan masalah mendapatkan pekerja asing adalah antara perkara dibangkitkan peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Cina dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini.

Menurut Dr Wee yang dipertanggungjawabkan terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baru dan PKS, kenaikan kos operasi itu berlaku susulan kenaikan tarif elektrik, petrol, harga gula serta penetapan dasar gaji minimum.

 

Selain itu Dr Wee berkata wakil-wakil PKS turut memaklumkan keperluan menyediakan kelengkapan merawat air kotor di kawasan industri masing-masing yang melibatkan kos tinggi jika disediakan secara individu.

“Oleh kerana pembangunan rancak di sesetengah kawasan misalnya di Sungai Buloh, jadi mereka diminta menyediakannya. Mereka berharap supaya ia dapat dibuat secara berpusat, bukan mengikut individu,” katanya kepada pemberita selepas bertemu 36 wakil PKS Cina di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Mengenai keperluan pekerja asing, Wee berkata PKS masih memerlukan khidmat mereka khususnya apabila mahu memenuhi permintaan eksport  barangan dan perkhidmatan yang mmerlukan tenaga kerja yang ramai.

Bagaimanapun mereka berjanji akan mengurangkan tenaga pekerja asing secara beransur-ansur, jika menerima insentif dari kerajaan, katanya.

Menurutnya isu-isu dikemukakan akan dibawa kepada kementerian atau agensi yang terlibat supaya tidak mengganggu prestasi PKS yang banyak memberi manfaat kepada negara.

Dalam pada itu beliau berharap penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada PKS Cina dapat dilaksanakan mengikut sektor-sektor tertentu.

Ia berikutan kajian SME Corp Malaysia mendapati, 61 peratus daripada responden PKS Cina tidak memahami secara terperinci berhubung cukai itu, katanya. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan