Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Korporat Perlu Bantu Bangunkan Sektor Pendidikan Di Sabah – Dr Maximus

maximus 25

KOTA MARUDU : Peranan badan korporat dalam membantu perkembangan sektor pendidikan di luar bandar khususnya di Sabah amat perlu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata peranan itu boleh dilaksanakan melalui program atau aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai pelengkap serta kesinambungan kepada kemudahan disediakan kerajaan di sekolah-sekolah pedalaman.

“Sememangnya keperluan itu sentiasa luas dan besar. Di situlah peranan CSR pihak swasta dalam membantu memberikan peralatan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program “Jom Ke Sekolah” bagi kawasan Parlimen Kota Marudu anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Komuniti, di sini hari ini.

Maximus yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata syarikat korporat digalakkan membina asrama desa seperti yang telah dilaksanakan di beberapa sekolah di daerah itu seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, SK Marak Parak, SK Timbang Batu, SK Tanjung Batu, SK Nibang dan SK Pantai.

Selain itu katanya syarikat korport juga boleh membantu melalui pemberian komputer, mengadakan kelas tambahan dan mengambil sekolah tertentu sebagai sekolah angkat.

Mengenai program itu, Maximus mengalu-alukan kerjasama CSR di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang menyumbang barangan keperluan kepada 400 pelajar sekolah di Parlimen Kota Marudu.

Sementara itu, Nazin Mailin, 42, bapa kepada pelajar tahun tiga di SK Tandik iaitu Aviana Nazin berkata anaknya amat gembira dengan bantuan yang pertama kali diterimanya itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan