Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Korea Utara lancar dua peluru berpandu jarak dekat

koreautara

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat ke laut hari ini bagi menunjukkan kemarahan terhadap latihan ketenteraan bersama yang akan dijalankan Korea Selatan dengan Amerika Syarikat.

Korea Utara menembak dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke laut di pesisir pantai timur negara itu pada 1.20 pagi dan 1.30 pagi waktu tempatan, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

“Jangkauannya kira-kira 500 kilometer,” katanya sambil menambah tentera Korea Selatan sudah meningkatkan pemantauan pelancaran tambahan.

itu – terbaru dalam siri pelancaran sejak beberapa minggu lalu – diambil sehari selepas Pyongyang mengutuk latihan ketenteraan bersama Seoul-Washington akan datang.

Latihan ketenteraan tahunan itu akan diadakan pada 16 hingga 21 Julai ini membabitkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, George Washington yang sudah tiba di pelabuhan Busan, kelmarin. – AFP

Komen


Berita Berkaitan