Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KORBAN GEMPA BUMI MENINGKAT

gempa bumi china

Beijing: Angka korban gempa bumi yang melanda sebahagian wilayah barat daya China kini mencecah 391 orang dengan lebih 1,800 lagi cedera.

Dianggarkan 12,000 kediaman musnah akibat gempa bumi tengah hari Ahad lalu di wilayah mundur Ludian, kira-kira 370 kilometer Timur Laut ibu negeri Yunnan, Kunming lapor agensi berita rasmi China Xinhua. Menurut penduduk, gempa itu jauh lebih kuat berbanding pada 2012 yang hanya mengorbankan 81 orang. Gempa bumi berkenaan berpusat di Ludian dengan kekuatan 6.5 magnitud mengikut agensi pemantauan gempa bumi China.

Hujan dan ribut petir yang diramalkan melanda kawasan itu petang semalam, merumitkan usaha untuk membawa khemah, air, makanan dan bekalan bantuan lain kepada mangsa. Jalan juga runtuh memaksa penyelamat untuk berjalan kaki.

Penyiar rasmi negara, CCTV berkata menerusi akaun Weibo microblog sekurang-kurangnya 391 orang terbunuh dan 1,801 lagi cedera. Sejumlah 29,400 lagi telah dipindahkan, kata CCTV. Angka kematian dijangka meningkat, sebaik penyelamat berjaya mengakses kawasan kejadian untuk menilai kemusnahan.

Kebanyakan rumah-rumah yang runtuh di Ludian dengan jumlah penduduk 429,000, sudah lama dan diperbuat daripada bata, kata Xinhua. Bekalan elektrik dan telekomunikasi turut terputus di daerah ini.

Kawasan pergunungan di mana gempa bumi berlaku sebahagian besarnya adalah pusat pertanian dan industri perlombongan menyebabkan ia mudah terdedah kepada gempa bumi.

Usaha bantuan giat dijalankan, dengan lebih 2,500 askar dikerahkan ke kawasan bencana, kata Xinhua. Persatuan Palang Merah China mengedarkan selimut, jaket dan khemah-khemah untuk mereka yang hilang tempat tinggal akibat gempa, manakala cawangan Palang Merah di Hong Kong, Macau dan wilayah Sichuan turut menghantar bekalan bantuan. – AP

Komen


Berita Berkaitan