Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Korban banjir cecah 88

PENDUDUK di kampung Kyouk Tain di wilayah Irrawaddy menggunakan sampan untuk berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka dinaiki air.
PENDUDUK di kampung Kyouk Tain di wilayah Irrawaddy menggunakan sampan untuk berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka dinaiki air.

Nyaung Don: Angka kematian akibat banjir di Myanmar meningkat kepada 88 ketika paras air yang semakin meningkat menenggelamkan lebih banyak rumah di kawasan rendah di beberapa bahagian paling miskin negara itu.

Lebih 330,000 orang terjejas akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, memutuskan hubungan dan menyekat jalan raya serta memusnahkan jambatan.

“Keadaan seperti ini belum pernah berlaku. Tetapi, bukan saya seorang saja yang terjejas,” kata nelayan di Kampug Kyauk Taing, Soe Min Paing.

Negeri Rakhine di barat negara itu mencatatkan angka kematian paling tinggi setakat ini dengan sekurang-kurangnya 55 penduduk mati selepas Puting Beliung Komen melanda Teluk Benggala minggu lalu.

Sehingga semalam, 12 daripada 14 negeri di Myanmar dilanda banjir.

Lebih 200,000 ekar tanah pertanian musnah dan sejumlah besar haiwan ternakan mati. Jumlah rumah yang musnah mencecah angka belasan ribu.- AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan