Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Koperasi disaran cari sumber pendapatan sendiri

Tawfiq menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang ahli Kopesta.
Tawfiq menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang ahli Kopesta.

TAWAU – Koperasi perlu berusaha mendapatkan sumber perolehan lain bagi menambah pendapatan dan setiap ahlinya.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, Koperasi tidak seharusnya berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata untuk meningkatkan pendapatan.

“Oleh itu, setiap ahli pemegang amanah perlu bekerjasama dan komited menggembleng idea kreatif untuk menerokai bidang baharu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-30, Koperasi Pekerja-pekerja Stevedoring Pelabuhan Tawau Berhad (Kopesta) di Dewan Sri Asnur, Tawau, di sini semalam.

Dalam majlis itu, Tawfiq turut menerima watikah pelantikan selaku penaung Kopesta. Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada lima warga emas ahli Kopesta.

Katanya, para ahli Koperasi juga perlu sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan agar seiring dengan peredaran zaman kini yang semakin mencabar menerusi pelbagai taklimat dan kursus berkaitan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan