Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Koperasi Di Sabah Catat Pertumbuhan Positif: Yahya

koperasi

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Sabah mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan pertambahan koperasi berdaftar baharu sebanyak 24 buah antara Januari hingga Mac tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin.

Katanya, pertambahan sebanyak 2.3 peratus dengan 30,309 anggota baharu, menjadikan koperasi berdaftar di Sabah 1,086 buah dengan 328,180 anggota.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, modal saham koperasi di Sabah meningkat RM14.03 juta atau 15.2 peratus menjadikan jumlah keseluruhan modal saham sebanyak RM106.1 juta.

Menurutnya, pertambahan aset koperasi juga meningkat RM166.8 juta atau 20 peratus, menjadikan nilai asetnya RM696.7 juta.

“Perolehan koperasi mencatat pertambahan RM0.3 juta atau satu peratus, menjadikan jumlahnya setakat ini RM283.7 juta”, katanya ketika mempengerusikan Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Sabah (MPKNS) di sini pada Jumaat.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin.

Yahya yang juga Pengerusi MPKNS berkata, Sabah hanya mempunyai lapan koperasi yang diketegorikan sebagai koperasi kluster besar, kluster sederhana (40), kluster kecil (71) dan bakinya kluster koperasi mikro (972).

Menurutnya, tahun lalu sembilan koperasi memperolehi pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) bernilai RM4.08 juta bagi membantu koperasi meningkatkan perolehannya manakala 26 kedai runcit koperasi pula dinaiktaraf melalui Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dengan bantuan bernilai RM1.56 juta.

“Kerajaan berharap koperasi di Sabah akan meningkatkan perniagaan dan perolehan masing-masing agar bilangan koperasi kluster besar akan bertambah, manakala koperasi mikro dapat dinaiktaraf menjadi koperasi kluster kecil atau sederhana di masa akan datang”, katanya.

Beliau berkata, tahun ini sebuah pasar raya koperasi akan diwujudkan di Kota Kinabalu di bawah Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad dan sebuah stesen minyak jenama Smart akan dibangunkan oleh Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad di Balung, Tawau.

Yahya berharap koperasi di Sabah akan menceburi sektor pembangunan hartanah kerana potensinya sebagai sektor yang boleh mempercepatkan pertumbuhan koperasi, selain industri

Komen


Berita Berkaitan