Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kopeks mula buat bayaran 11 ribu ahli babitkan RM1j

kopkess

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mula membuat pembayaran dividen tunai hampir RM1 juta kepada 11 ribu anggotanya di pejabat koperasi itu di Sadong Jaya mulai kelmarin.

Menurut Pengerusi Kopeks Datuk Hajah Maznah Haji Abdul Ghani, dividen bagi tahun kewangan 2012 dibayar pada kadar 10 peratus atas saham dan 2 peratus atas yuran anggota yang berjumlah hampir satu juta ringgit.

“Ini merupakan dividen tertinggi dibayar oleh Kopeks sejak ia ditubuhkan,” tambah Maznah.

Jelas Maznah, “pembayaran tunai di kaunter Kopeks dibuka mulai jam 8 pagi sehingga jam 5 petang, dan dibuka sepanjang minggu ini.”

Minggu lepas Kopeks mengagihkan dividen di tiga jabatan utama, iaitu Jabatan Kerja Raya, Wisma Pertanian dan Dewan Serbaguna Kota Kinabalu melibatkan pembayaran kepada lebih seribu orang anggota.

Tambah Maznah, “selain manfaat pulangan dalam bentuk dividen, anggota Kopeks juga menerima manfaat lain khususnya skim perlindungan atau insurans kredit berkelompok, skim pelindungan kemalangan diri dan manfaat khairat kematian kepada waris anggota yang meninggal dunia.”

“Penjawat awam seluruh negeri Sabah boleh menganggotai Kopeks dengan membayar saham dan mencarum yuran bulanan,” katanya.

Sejak dipulihkan pada tahun 2009, Kopeks mencapai kejayaan demi kejayaan. Pada tahun 2013 lalu, Kopeks berjaya disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia daripada lebih sepuluh ribu koperasi seluruh negara.

Pada tahun lepas juga, Kopeks menerima anugerah koperasi terbaik kategori kewangan dan kredit daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Sabah.

“Kejayaan Kopeks adalah disebabkan sokongan mantap oleh anggota yang melanggan dan menyokong produk pinjaman koperasi khususnya untuk membiayai pendidikan anak ke universiti, membiayai kos perubatan keluarga, dan membaiki rumah,” jelas Maznah.

“Melalui Kopeks, penjawat awam di Sabah saling bantu-membantu menyelesaikan keperluan kewangan peribadi dan juga keperluan kewangan keluarga,” tambah Maznah.

Tambah beliau lagi, “yuran yang disimpan secara setiap bulan juga membantu penjawat awam menabung dan secara secara yang teratur.”

Komen


Berita Berkaitan