Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kopeks berpotensi menyumbang dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara

Mohd. Arifin Mohd. Arif (kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar pada majlis itu. - foto Monica Gidong
Mohd. Arifin Mohd. Arif (kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar pada majlis itu. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) berpotensi besar untuk menyumbang dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.

Beliau yakin, dengan daya kepimpinan dan perancangan strategik, Kopeks boleh memainkan peranan utama untuk meningkatkan sumbangan sektor koperasi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020,

“Di bawah Dasar Koperasi Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sektor koperasi disasarkan untuk menyumbang 10 peratus dalam KDNK menjelang tahun 2020.

“Selari dengan Pelan Transformasi Ekonomi untuk mencapai status negara maju dengan pendapatan perkapita sebanyak AS$15,000 pada 2020, sektor koperasi perlu meningkatkan urusniaga dan pendapatan dengan pertumbuhan lima kali ganda dalam KDNK iaitu dari 0.8 peratus sekarang kepada lima peratus pada tahun ini, seterusnya mencapai 10 peratus sumbangan dalam KDNK pada tahun 2020 nanti.

“Dalam hal ini saya percaya Kopeks boleh memainkan peranan utama untuk meningkatkan sumbangan sektor koperasi dalam KDNK,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian Insentif Pendidikan Anak Anggota dan Pengagihan Dividen 2013 kepada anggota-anggota Kopeks, di Dewan Serbaguna JKR, Sembulan, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 70 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2013, masing-masing menerima insentif pendidikan daripada Kopeks.

Beliau berkata sejak pemulihan Kopeks pada tahun 2009, pendapatan koperasi itu terus meningkat dari tahun ke tahun dan untung bersih juga terus meningkat.

“Kita juga bangga kerana pada tahun 2014, Kopeks berjaya memasuki Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia iaitu di tempat ke-37 daripada lebih 10,000 koperasi di seluruh negara. Kejayaan ini membuktikan Kopeks mempunyai pengurusan dan tadbirurus yang mantap dan berwawasan,” ujarnya.

Katanya, lagi sejak 2009, Kopeks membayar dividen yang baik kepada anggota setiap tahun dan selama dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013), Kopeks membayar dividen sebanyak 12 peratus setiap tahun. Sehingga kini Kopeks dianggotai lebih 11,000 ahli. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan