Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kopeks berada dalam Indeks 50 Koperasi Terbaik seluruh Malaysia

5:01pm 22/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
KENANGAN...Arifin merakamkan gambar kenangan bersama ahli anggota Kopeks sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kopeks ke-4, hari ini.

KENANGAN…Arifin merakamkan gambar kenangan bersama ahli anggota Kopeks sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kopeks ke-4, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Koperasi Pekerja- Pekerja Kerajaan Sabah Berhad
(KOPEKS) berada dalam Indeks Koperasi Terbaik iaitu pada kedudukan ke-
32 pada tahun ini daripada lebih 12 ribu koperasi di seluruh negara.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Kopeks
memperolehi untung bersih sebanyak RM 20.1 juta setiap tahun bermula
dari tahun 2009 sehingga tahun lalu.

” Saya percaya prestasi perniagaan yang baik melalui perolehan dan
untung bersih yang berterusan membuktikan strategi perniagaan yang
berkesan serta amalan tadbir urus koperasi yang bijak dan
terpuji,”katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung Kopeks ke-4, disini, hari ini.

Selain itu, Musa menyeru kepada seluruh gerakan koperasi di negeri ini
agar mempunyai strategi perniagaan yang lebih mampan.

“Setiap pemimpin dan pengurusan perniagaan, termasuk pemimpin dan
pengurusan koperasi perlu mempunyai keberanian untuk meneroka dan
menceburi bidang perniagaan baharu untuk mempelbagaikan sumber
pendapatan koperasi, supaya lebih maju dan berdaya saing,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua
Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

Disamping itu, Musa berkata bahawa ahli Kopeks perlu bekerjasama agar
sasaran RM 50 bilion perolehan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) menjelang tahun 2020 tercapai.

“Dalam konteks ini, sebagai pemimpin koperasi mahupun anggota
koperasi, warga kopeks perlu terus bersatu dan bersama- sama melipat
gandakan lagi usaha untuk menuju sasaran dan wawasan kita untuk
menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020,”ujarnya.

Hadir sama semasa majlis tersebut, Pengerusi Kopeks, Datuk Hjh. Maznah
Hj. Abdul Ghani.

Menurut Maznah, Kopeks membantu setiap anggotanya menyusun komitmen
kewangan untuk menampung pembayaran besar dan luar jangka  yang
mendesak.

“Sebagai sebuah koperasi kredit untuk penjawat awam, barisan lembaga
Kopeks komited untuk membantu penjawat awam menyelesaikan keperluan kewangan anggotanya,” katanya.

Sehubungan itu, Maznah menyeru kepada semua anggota Kopeks agar tidak
meletakkan jawatan sebagai ahli anggota koperasi serta membayar balik
pinjaman bagi mengelakkan keanggotaan digantung atau dilucutkan
kelayakan untuk menghadiri mesyuarat agung koperasi.- Elezebeth
Esther/SayangSabah

Hajah Maznah

Hajah Maznah – Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan