Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KOPEKS AGIH DIVIDEN RM521,263 KEPADA ANGGOTA TAHUN INI

 

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Kastian Dula (tengah) menerima replika cek agihan daripada Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Abdul Ghani pada Majlis Perasmian Agihan Dividen 2016 dan Penyampaian CSR Pendidikan Anak Anggota di Dewan Serbaguna, JKR Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengagihkan dividen tahun ini sejumlah RM521,263 kepada anggotanya.

Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, setiap ahlinya menerima dividen sebanyak enam peratus yang mana pengagihannya tertakluk kepada satu peratus yuran dan lima peratus saham mereka.

“Sekali lagi Kopeks membayar atau agihkan keuntungan koperasi kepada anggota dan tahun ini kita membuat pengagihan dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan dividen.

“Ini berlaku setiap tahun sejak 10 tahun lalu yang mana Kopeks mencatat untung berterusan dari 2009 sehingga kini.

Anggota KOPEKS beratur untuk mendapatkan agihan dividen pada Majlis Perasmian Agihan Dividen 2016 dan Penyampaian CSR Pendidikan Anak Anggota di Dewan Serbaguna, JKR Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Sejak tahun 2009 hingga 2016, Kopeks telah membayar dividen tunai kepada anggota sebanyak RM6.09 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Agihan Dividen 2016 dan Penyampaian CSR Pendidikan Anak Anggota di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh 2009 hingga tahun ini, Kopeks telah mengeluarkan pinjaman keseluruhan sebanyak RM207.24 juta dengan mencatat untung terkumpul berjumlah RM26.253 juta.

Tambahnya, akaun Kopeks mencatat untung positif dan tidak ada lagi rugi terkumpul RM25 juta ditanggung sebelum 2005 lepas.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 77 orang anak anggota terlibat dalam CSR Kopeks.

“Kopeks memberikan insentif anak anggota yang lulus cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 2013.

“Hari ini seramai 77 orang anak anggota lagi menerima insentif tunai yang berjumlah sehingga RM300 seorang.

“Pencapaian dan kejayaan ini merupakan hasil komitmen anggota dalam berkoperasi sehingga Kopeks kini tersenarai dalam Indeks Koperasi 100-Terbaik di Malaysia iaitu di tangga ke-37 daripada 14 ribu koperasi seluruh negara,” katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan