Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konvoi Trans Borneo Eratkan Hubungan Anggota BIMP-EAGA

konvoi

TAWAU– Persatuan Permotoran Indonesia berhasrat untuk menjadikan acara Konvoi Trans Borneo sebagai acara tahunan bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA).

Ketua rombongan konvoi Harrys Sanusi berkata anggotanya akan memanfaatkan penjelajahan itu bagi meningkatkan bidang pelancongan selain ekonomi dan bidang perniagaan di Kepulauan Borneo.

“Konvoi ini berhasrat untuk menyertai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Kota Kinabalu pada Ahad ini sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei, Sarawak dan berakhir di Pontianak,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat melepaskan konvoi itu ke Sandakan di Perkarangan Universiti Terbuka Malaysia, Cawangan Tawau di sini.

Konvoi yang terdiri dari 79 orang itu melibatkan 25 buah kenderaan pacuan empat roda berlepas dari Kota Pontianak Kalimantan Barat pada 17 Ogos lepas.

Komen


Berita Berkaitan