Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konvoi Kembara Merdeka Gelorakan Sekolah-Sekolah Dengan Semangat Kemerdekaan

Supian (kanan sekali) menyampaikan cendera kenangan kepada Raisin.

LABUAN- Bak kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya” yang boleh digambarkan bagi usaha mengelorakan dan menyemai benih-benih patriotisma di kalangan generasi muda negara.

Justeru itu rombongan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diterajui oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan bersama-sama dengan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, badan-badan bukan kerajaan (NGOS) serta ahli-ahli Muafakat Komuniti Malaysia mensasarkan sekolah-sekolah rendah sebagai venu singgahan bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini.

Para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bukit Kalam; SRK Bebuloh dan SRK Layang-Layangan menyambut dengan penuh kemeriahan serta keterujaan apabila konvoi Kembara Merdeka tiba ke sekolah-sekolah tersebut pada pagi tadi yang mana hari ini merupakan hari terakhir konvoi itu mengelilingi Pulau Labuan.

Pengarah Jabatan Penerangan  W.P Labuan, Supian Musa turut memberi ceramah kenegaraan kepada para pelajar sekolah-sekolah tersebut tentang erti sebuah kemerdekaan dan pentingnya generasi muda sebagai pewaris negara.

Majlis penutupan Konvoi Kembara Merdeka 2018 peringkat W.P Labuan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan, Raisin Saidin di SRk Layang-Layangan, tengahari tadi.

Ujar Raisin,sudah pastinya golongan belia iaitu golongan mahasiswa mahupun para pelajar sekolah perlu dipupuk dengan nilai-nilai patriotisma melalui program-program sebegini demi mengelorakan lagi semangat patriotisma di jiwa mereka.

Beliau berasa bangga dan terharu dengan usaha pihak Jabatan Penerangan Labuan dan jabatan kerajaan yang lain menganjurkan program sebegini sebagai platform menaikkan lagi semangat cintakan negara lebih-lebih lagi dalam bulan Ogos ini yang merupakan bulan kemerdekaan.

“Saya berharap program sebegini kan dapat terus diadakan bagi menyemai benih-benih kecintaan kepada negara di kalangan rakyat malaysia serta mewujudkan perpaduan nasional melalui sambutan hari kebangsaan ini”, Raisin menambah lagi.

Turut hadir, Guru Besar SRK Bukit Kalam, Rosli Mohd Ali; Guru Besar SRK Bebuloh, Adam Abd Rahim serta Guru Besar SRK Layang -Layangan, Dayang Damit Md Yassin.-Penerangan Labuan

Keterujaan para pelajar SRK Bukit Kalam menyanyikan lagu Jalu Gemilang.

Komen


Berita Berkaitan