Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konvoi 1Malaysia Family Care Kini Di Sabah

9:11am 18/03/2016 Pak Roshan 30 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

np1398414298

KOTA KINABALU : Konvoi 1Malaysia Family Care (1MFC) yang dilancarkan di Lundu, Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada 12 Mac kini berada di Sabah.

Pelancaran program 1MFC di sini hari ini dilakukan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Janet K.L. Chee yang mewakili Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Jainab dalam ucapannya yang dibacakan oleh Janet mengalu-alukan usaha oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan khidmat sosial terus kepada kumpulan sasaran melalui sukarelawan dan penyertaan dalam program dwi-tahunan.

“Saya berharap program yang sama diperluaskan di kalangan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” kata beliau.

1MFC dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dalam komuniti dan menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sosial yang dijalankan oleh agensi kerajaan, sektor korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Program 1MFC menyaksikan peserta dan sukarelawan menjelajah ke 19 destinasi di seluruh negara dari 11 Mac hingga 9 April.

Konvoi bermula di Lundu, Sarawak pada 11 Mac dan kemudian ke Labuan pada 16 Mac sebelum tiba di Kampung Darau, Sabah, hari ini.

Program tersebut akan diteruskan di Semenanjung Malaysia mulai 31 Mac dan berakhir di Bagan Datoh, Perak pada 9 April.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan