Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KONVENSYEN BMLC BANTU TINGKATKAN KOMPENTENSI JTMP

Stephen (berdiri tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara MSMLT yang diwakili oleh Bendaman Benjamin Yanggau (kiri) dan Universiti MAHSA diwakili oleh Clifford Mosinoh. Gambar SNT/Ehssan MSMLT

SANDAKAN: Warga kesihatan di negeri ini harus sentiasa meningkatkan kecekapan dan kompetensi masing-masing, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan negeri juga mengalami kekurangan sumber manusia dalam pelbagai bidang termasuk Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).

Dalam hal ini, Stephen menyatakan sokongan beliau terhadap penganjuran konvensyen Borneo Medical Laboratory (BMLC) untuk terus dianjurkan di Sabah setiap tahun.

Beliau percaya penganjuran seumpama itu bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kompetensi tetapi juga menggalakkan pelancongan di negeri Sabah.

Stephen merasmikan konvensyen Borneo Medical Laboratory ke-4 di Sandakan baru-baru ini.Gambar SNT/Ehsan MSMLT

Stephen dalam ucapan perasmian BMLC Siri Keempat di sini baru-baru ini, berkata, terdapat banyak fasiliti di Sabah menghadapi  pelbagai kekurangan dari segi infrastruktur dan beliau berjanji pihak kementerian akan berusaha membantu mengatasi  isu-isu tersebut.

Konvensyen tahunan BMLC siri ke-4 tersebut dianjurkan oleh Malaysian Society of Medical Laboratory Technologist (MSMLT) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan dihadiri hampir 200 JTMP daripada seluruh negara dari 22 hingga 24 September.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menyeru JTMP untuk menjadikan cabaran kekurangan dalam pelbagai aspek sebagai motivasi untuk menguatkan usaha serta komitmen mereka.

Katanya, para juruteknologi makmal perubatan juga perlu berusaha meningkatkan pengetahuan melalui pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau juga menyokong penuh kerjasama MSMLT Kelab Sabah dengan Universiti MAHSA untuk menyesuaikan kaedah pembelajaran program pengajian ijazah sarjana Muda tanpa menggangu perkhidmatan.

Selepas itu, Dr Christina bersama Timbalan Vice-Chancellor Universiti MAHSA, Stella Lau Kah Wai mengiringi Stephen menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti MAHSA dan MSMLT Kelab Sabah.

Pengerusi MSMLT Kelab Sabah, Bendaman Benjamin Yanggau yang mewakili MSMLT berkata, Universiti MAHSA telah dipilih sebagai tempat melanjutkan pengajian Biomedikal Perubatan, sebab ia menawarkan program dwi-ijazah iaitu ijazah MAHSA dan Angila Riskin Universiti, United Kingdom.

Hampir 95 peratus program dilakukan secara talian, justeru tidak menjejaskan perkhidmatan makmal Patologi, katanya.

Turut hadir, Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan, Dr Francis Paul,  Ketua Perkhidmatan Patologi Sabah, Dr Ahmad Toha Samsudin dan Presiden MSMLT Kebangsaan, Afni Abu Bakar.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan