Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konvension meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan

4:52pm 06/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 143 views Pelancongan,Tempatan
Joniston (dua kanan)

Joniston (dua kanan) selepas sidang akhbar

KOTA KINABALU- Retreat konvensyen penyerahan sijil ASEAN ISO/IEC17024 yang julung kali  diadakan di Sabah akan berlansung selama tiga hari bermula dari Nov 25 hingga Nov 27, tahun ini.
Konvensyen berkenaan dianjurkan oleh IPEC BUREAU dan Jabatan Standard Malaysia (Standard  Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Janiston Bangkuai dalam sidang akhbar  berkata program itu merupakan satu peluang  baik  untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Sabah.
“Pihak kami berbangga menjadi sebahagian daripada program tersebut,dan sekali gus memberi pengiktirafan kepada Negara ASEAN yang menjayakan acara berkenaan”, katanya.
“Pengiktirafan Standard Antarabangsa ini menjadi pemacu utama bagi sektor pelancongan untuk  meningkatkan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan sektor pelancongan di negeri ini”, tambahan beliau.
Program tersebut juga merupakan salah satu cara untuk mewujudkan dan melaksanakan program  kesedaran kepada pengusaha perniagaan yang berasaskan pelancongan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan mereka. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan