Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kontraktor terkorek kabel punca gangguan elektrik

sesb-kunak1

KOTA KINABALU: Kira-kira 500 pengguna di sekitar Jalan Raya dekstvsini mengalami gangguan bekalan elektrik pada pukul 8.26 pagi kelmarin. Ia berpunca daripada kontraktor berdekatan kawasan itu yang sedang membuat kerja pemasangan paip air, terkorek kabel voltan tinggi 11 kiloVolt (kV) kepunyaan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Dalam kenyataan akhbarnya, pihak SESB memberitahu, kerja-kerja pembaikan kerosakan telah dilaksanakan serta merta dan pemulihan bekalan dibuat menggunakan punca alternatif. “Semua pengguna terlibat mendapat bekalan sekitar jam 12.10 tengahari pada hari yang sama manakala anggaran kos kerugian adalah sebanyak RM10,000. Antara kawasan yang terputus adalah sekitar Maktab Gaya, Taman Sri Gaya, Taman Luyang Perdana dan Shell Jalan Kebajikan. Pihak SESB sekali lagi memohon kerjasama semua kontraktor pembangunan yang mempunyai perancangan projek berhampiran dengan pepasangan elektrik untuk segera memaklumkan kepada SESB terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja. Tindakan ini akan dapat mengelakkan kejadian gangguan elektrik kepada pengguna dan juga kerosakan kepada pepasangan SESB.

Komen


Berita Berkaitan