Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kontraktor Perlu Laksana Projek Ikut Jadual Yang Ditetapkan – Ramlee

kontraktor

SEMPORNA: Kontraktor di negeri ini perlu melaksanakan setiap projek mengikut jadual dan memastikan projek masing-masing mempunyai kualiti berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marhaban.

Beliau berkata kecekapan kontraktor menunaikan tanggungjawab amat penting kerana ia melambangkan imej serta kewibawaan kerajaan dalam membela nasib rakyat selain memacu usaha pembangunan, termasuk penyediaan kemudahan infrastruktur di seluruh Sabah.

“Kerajaan sudah beri peluang kepada kontraktor untuk melaksanakan projek. Oleh itu, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menyiapkan kerja dengan cekap, berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,” katanya pada Majlis Undian Projek Penyelenggaraan Infrastuktur Awam dan Projek Infrastuktur Asas di dewan masyarakat di sini pada Jumaat.

Ramlee berkata kontraktor kecil di Sabah juga perlu terus berusaha memajukan perniagaan masing-masing dengan mengambil iktibar daripada kontraktor besar yang bermula dari bawah namun mencapai kejayaan besar setelah berjaya membina reputasi.

Dalam perkembangan lain, Ramlee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata majlis undian itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat, khususnya kontraktor bumiputera.

Seramai 258 kontraktor hadir dan 69 projek bernilai RM4.88 juta diagih secara undian elektronik. 

Komen


Berita Berkaitan