Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kontraktor gagal laksana tugas akan disenarai hitam

TENOM: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk menyenarai hitam kontraktor yang gagal mematuhi skop kerja yang telah ditetapkan dalam memastikan  projek pembangunan kerajaan dapat disiapkan mengikut jadual.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata, kontraktor yang dilantik perlu melaksanakan sesuatu projek itu dengan telus dan berkualiti demi pembangunan di kawasan terbabit.

“Kerajaan akan sentiasa melakukan pemantauan dan penilaian ke atas pelaksanaan kerja yang dilakukan oleh kontraktor terbabit bagi memastikan kejayaan projek itu tercapai,” katanya semasa berucap merasmikan Program Perolehan Projek PIA dan PIAS melalui Sistem Undian Berkomputer bagi daerah Tenom tahun 2015 bertempat di Dewan Datuk Sri Panglima Antenom di sini pada Khamis.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 97 kontraktor tempatan dari daerah ini telah berdaftar disenaraikan untuk menyertai program perolehan tersebut namun hanya 21 kontraktor sahaja yang akan dipilih untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan kerajaan pada tahun ini.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta untuk melaksanakan 21 buah projek pembangunan di daerah ini bagi tahun ini,” katanya lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah  Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Senator Datuk Lucas Umbul,  kontraktor serta pemimpin masyarakat daerah Tenom. – Sayangsabah

KONTRAKTOR… Radin menyampaikan surat pelantikan kepada salah seorang wakil kontraktor projek di majlis program perolehan berkenaan.
KONTRAKTOR… Radin (dua dari kiri) menyampaikan surat pelantikan kepada salah seorang wakil kontraktor projek di majlis program perolehan berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan