Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kontraktor Bumiputera Perlu Rebut Peluang Perniagaan – Hamisa

hamisa

TAWAU: Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan serta keistimewaan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan kontraktor bumiputera, khususnya di daerah ini, merebut peluang perniagaan termasuk mengikuti kursus keusahawanan yang dilaksana kerajaan.

“Kerajaan telah memberi keistimewaan tertentu untuk meningkatkan penyertaan kontraktor bumiputera dalam bidang industri pembinaan.

“Kerajaan telah menetapkan supaya sekurang-kurangnya 30 peratus dari segi nilai kontrak kerajaan diberi kepada kontraktor bumiputera. Oleh itu, kontraktor bumiputera haruslah mengambil peluang ini dengan sebaiknya,” katanya pada majlis penutupan dan penyampaian sijil kontraktor kerja lanskap di sini Khamis.

Sejumlah 55 peserta menerima sijil selepas mengikuti kursus yang bermula Selasa lepas.

Mengulas kursus itu, Hamisa berkata ia penting untuk memberi pendedahan serta mempertingkat kemahiran sedia ada kepada peniaga dalam bidang yang mereka ceburi.

“Kursus ini merupakan platform penting bagi masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan iaitu kontraktor landskap.

“Oleh itu, saya berharap para peserta akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan sebagai kontraktor dan menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan dengan cekap dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu berkata kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sentiasa menyokong perkembangan aktiviti keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di Sabah.

Komen


Berita Berkaitan