Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kontraktor Bumiputera Kelas F berdepan masalah birokrasi digesa buat aduan

8:02pm 16/11/2015 Ann Vivien 74 views Perniagaan,Tempatan
Tukiman Radion (tengah) bersama barisan AJK PERKOBF Tawau yang baru ditubuhkan.

Tukiman Radion (tengah) bersama barisan AJK PERKOBF Tawau yang baru ditubuhkan.

TAWAU: Para kontraktor Bumiputera Kelas F yang berdepan masalah birokrasi digesa agar membuat aduan kepada pihak berwajib bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap salah-laku itu.

 Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF), Tukiman Radion berkata, kerajaan menyediakan banyak keistimewaan kepada kontraktor Bumiputera tetapi tidak dapat dinikmati oleh golongan sasar.

 “Perkara ini berlaku apabila wujud salah-laku di kalangan kakitangan kerajaan dalam menguruskan pemberian projek dan juga prosedur pengurusan lesan yang merumitkan,” katanya ketika berucap merasmikan penubuhan PERKOBF cawangan Tawau di salah sebuah hotel di sini.

 Tukiman turut menggesa semua cawangan PERKOBF di seluruh negara agar mengadakan kunjungan hormat di setiap jabatan kerajaan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul.

 PERKOBF, katanya, dalam masa yang sama akan menyampaikan isu dan permasalahan tersebut kepada kerajaan dalam masa terdekat.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan