Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kontraktor Bumiputera diseru agar meningkatkan kualiti perkhidmatan

6:02pm 21/07/2016 Leolerry Lajius 21 views Tempatan
Hamisa (tengah) mengambil gambar bersama perserta yang mengambil bahagian dalam kursus berkenaan.

Hamisa (tengah) mengambil gambar bersama perserta yang mengambil bahagian dalam kursus berkenaan.

KOTA KINABALU:Kontraktor Bumiputera diseru agar terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembap, serta tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajah Hamisa Samat berkata, dengan adanya ketekunan dan sentiasa mempelajari teknologi serta jaringan terkini, beliau yakin para kontraktor akan terus menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan dan juga negara.

“Inisiatif mengadakan kursus keusahawan seperti ini adalah satu sumbangan yang sangat relevan kepada para kontraktor tempatan dalam mendapatkan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan berkongsi pengetahuan seterusnya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan peserta,’katanya ketika menyampaikan ucapan sempena penutupan Kursus Pengurusan Kontraktor Kerja, di sini, hari ini.

Tambah Hamisa, kejayaan masa hadapan terletak di tangan para peserta untuk membentuk dan melakar kejayaan yang akan dikenang oleh generasi yang akan datang.

“Saya percaya, sebahagian daripada peserta kursus kali ini sudah mempunyai perniagaan sendiri.”

“ Apa yang perlu dilakukan oleh usahawan adalah merangka perancangan strategik, teliti dan lebih berani terutamanya menceburi bidang baru yang boleh membawa pulangan menguntungkan tanpa meminggirkan prinsip dan objektif asas perniagaan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan