Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kontinjen Sabah siap sedia ke SUKMA 2018

KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) — Kontinjen Sabah bersiap sedia menghadapi cabaran untuk bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, Sept ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terrance Edward Pudin berkata atlet yang mengambil bahagian dalam temasya sukan itu telah membuat latihan berterusan bagi memastikan prestasi berada pada tahap terbaik untuk memperoleh kemenangan dan menyumbang pingat untuk Sabah.

“Selepas selesai temasya SUKMA di Sarawak dua tahun lepas, atlet Sabah telah melakukan latihan tanpa henti dan kini mereka telah bersiap sedia untuk mewakili negeri dalam setiap acara dipertandingkan.

“Di Sarawak, Sabah mendapat tempat ketujuh dengan memperoleh enam pingat emas, dan diharapkan prestasi para atlet meningkat pada SUKMA kali ini dengan menyumbang lebih banyak pingat sekali gus menaikkan nama Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Sempena SUKMA 2018, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Poon Ming Fung menerima kunjungan hormat rombongan dari Perak diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak Howard Lee Chuan How dan Ketua Kontinjen Sukma Perak Loo Kum Zee.

Sementara itu, Howard Lee berkata, 31 acara sukan bakal dipertandingkan pada SUKMA 2018 dan sebanyak 10 daerah di negeri itu akan menjadi lokasi pertandingan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan