Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsul Jeneral China jemput DBKK hadiri ekspo

Peijia (kiri) menyerahkan jemputan menghadiri ekspo kepada Abidin (kanan).
Peijia (kiri) menyerahkan jemputan menghadiri ekspo kepada Abidin (kanan).

KUNJUNGAN HORMAT… Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir di pejabat beliau di sini, hari ini.

Ia bertujuan menjemput Abidin bagi menghadiri Ekspo Negeri China-Arab 2015 yang bakal diadakan pada 10 hingga 13 di Yinchuan, Ningxia, China.

Dalam pertemuan itu, Peijia berkata, penganjuran ekspo dwitahunan berkonsepkan ekonomi dan perdagangan bertaraf antarabangsa itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China, Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa bagi Wilayah Kerajaan Autonomi Ninxia Hui.

Katanya, ekspo itu juga merupakan platform terbaik bagi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk meneroka jalinan kerjasama dengan ibu kota Yinchuan, Ningxia.

Sementara itu Abidin berkata, pihaknya berterima kasih atas jemputan menghadiri ekspo berkenaan sambil mengalu-alukan cadangan untuk menjalin kerjasama dengan Bandaraya Yinchuan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan