Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsul China gembira diterima baik di Sabah

Chen Peijie (kiri) menyerahkan salinan dokumen tugas beliau di Sabah kepada Musa Aman. - foto JKM
Chen Peijie (kiri) menyerahkan salinan dokumen tugas beliau di Sabah kepada Musa Aman. – foto JKM

KOTA KINABALU – China mahu memastikan hubungan baik dengan kerajaan Sabah dipereratkan lagi dengan jalinan kerjasama kedua belah pihak dalam pelbagai bidang.

Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Chen Peijie berkata, beliau menyenangi hubungan dua hala yang terjalin di antara republik berkenaan dan Sabah, khususnya dengan tertubuhnya pejabat konsulat China di Sabah.

Menurut beliau, China dan Malaysia sendiri memiliki sejarah hubungan diplomatik yang agak lama sejak era bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak lagi dan hari ini ia diperkukuhkan lagi oleh kerajaan masa kini.

“Saya bertuah kerana ditugaskan di Sabah memandangkan China dan Malaysia kini menikmati hubungan yang erat ditambah dengan keramahan rakyat di negeri ini,” katanya dalam kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi ketua menteri, di Sri Gaya, Likas, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Chen memberitahu beliau mengalu-alukan usahasama dengan kerajaan negeri sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Sementara itu, Musa dalam ucapan balas beliau memberitahu, kewujudan pejabat konsulat China di negeri ini akan memudahkan warga republik itu yang merancang untuk melawat, bekerja dan menetap di Sabah.

Ia katanya, secara tidak langsung memudahkan rakyat negara ini untuk memohon visa apabila melancong ke China.

“Malaysia memiliki hubungan dagangan yang signifikan dengan China dan kita di Sabah akan meluaskan kerjasama dalam industri pelancongan, pertanian dan pembuatan,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan