Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsert Wings ditunda

AWIE (kanan) pada sidang media pengumuman penundaan Konsert Wings 30 Tahun Live@ Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Mohd Adam Arinin
AWIE (kanan) pada sidang media pengumuman penundaan Konsert Wings 30 Tahun [email protected] Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Konsert Wings 30 Tahun [email protected] Kota Kinabalu yang dijadualkan pada 24 Disember ini di Stadium Likas ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

 Ketua Pengarah K4MI Mutiara Global Sdn Bhd (KMG), Datuk Sharulnizad Suboh, berkata pihaknya memohon maaf di atas penundaan konsert berkenaan.

“Faktor utama penundaan ini disebabkan tarikh konsert bertembung dengan malam perayaan Krismas.

“Selepas berbincang dengan semua pihak terbabit, kita mengambil keputusan menunda konsert itu kepada satu tarikh baharu yang lebih sesuai,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri penyanyi utama kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau Awie.

Sharulnizad berkata, pihaknya memberi pilihan kepada peminat yang sudah membeli tiket, sama ada mahu menebus semula dengan menghubungi talian 016-8839769 atau peminat yang memegang tiket berharga RM50 boleh membawa seorang lagi rakan pada konsert akan datang.

Sementara itu, Awie berkata beliau turut kecewa atas penundaan itu, namun perkara itu bukan halangan untuk Wings beraksi di pentas konsert untuk tontonan masyarakat Sabah.

“Sebagai penyanyi, sudah tentu kita mahu ramai peminat Wings hadir memeriahkan konsert sempena 30 tahun pembabitan dalam bidang seni.

“Jika kita meneruskan konsert pada tarikh itu, sudah pasti penonton tidak seramai yang kita jangkakan. Saya hanya minta semua peminat bersabar kerana Wings tetap menjanjikan persembahan istimewa dan bakal menjadi sejarah kerjaya seni Wings,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan