Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu Sabah ditunda

Sharulnizad (tengah) dan Awie semasa Sidang Media sempena Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu Sabah, dekat sini, hari ini
Sharulnizad (tengah) dan Awie semasa Sidang Media sempena Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu Sabah, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU- Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu Sabah yang dijadualkan berlansung pada 24 Disember 2016 di Stadium Likas , disini, akan ditunda ke satu tarikh yang yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah K4MI Mutiara Global Sdn Bhd, Datuk Sharulnizad Suboh berkata konsert tersebut terpaksa ditunda setelah menerima banyak permintaan daripada pihak awam yang menyatakan keinginan mereka untuk menghadiri konsert tetapi tidak kesampaian disebabkan terikh yang dipilih bertembung dengan tarikh perayaan Hari Krismas.

“Walaupun amat sukar untuk menyampaikan berita ini, tetapi saya bertanggungjawab untuk tidak mengecewakan harapan penyokong-penyokong Wings di Sabah yang telah menanti sekian lama kemunculan Wings untuk beraksi di Sabah.

“Saya juga sanggup menanggung kerugian wang ringgit untuk semua persiapan konsert yang telah menjangkau 100 peratus,” katanya kepada pemberita sempena sidang media Konsert Wings 30 Tahun Live @ Kota Kinabalu Sabah, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan memulangkan semua wang tiket yang telah dibeli itu dan menyeru mana-mana pihak yang ingin mengembalikan tiket tersebut boleh menghubungi talian hotline di 016-8839769.

Dalam perkembangan sama, penyanyi utama kumpulan Wings, Awie berkata pihaknya ingin semua penyokong-penyokong Wings di negeri ini agar dapat bersama-sama menghadiri konsert tersebut.

“Memang berat hati kami untuk mengumumkan mengenai perkara ini, tetapi untuk menjaga hati ramai pihak, kita terpaksa menundakan tarikh konsert ini daripada membuat sesuatu yang mungkin akan mengecewakan ramai pihak.

“Kami menaruh harapan tinggi agar penyokong- penyokong ini datang memeriahkan suasana pada hari itu … kita ingin mengembalikan nostalgia- nostalgia lama Wings ini dimana kali pertama Wings datang ke Sabah adalah pada tahun 1987.

“Kami akan berusaha untuk mencari tarikh yang baharu dan kemungkinan besar venue bagi konsert tersebut akan ditukarkan ke sebuah tempat yang lebih selamat dan sesuai,” jelasnya.

Selain itu, Awie turut berkata bahawa pihaknya bersama K4MI Mutiara Global Sdn Bhd akan  merancang semula konsert tersebut termasuklah menyemak semula harga tiket konsert berkenaan.

“ Harga tiket tersebut juga kita akan revise semula. Ini bermakna harga tiket yang baharu akan lebih murah berbanding harga tiket yang asal iaitu asalnya ditetapkan pada harga RM 50.

“Sesiapa yang ingin memegang tiket itu, kita membenarkan mereka untuk membawa dua orang untuk satu tiket itu. Ini bermakna, satu tiket itu boleh bawa dua orang,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan