Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsert Tahun Baru batal: DBKK

DBKK

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membatalkan Konsert Sambutan Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan diadakan di Lintasan Deasoka pada 31 Disember ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Syron A.Tunggolou, turut dibatalkan ialah gerai bagi karnival bazar, walau bagaimanapun, beberapa acara lain masih diteruskan iaitu ‘KK City Healthy Fun Ride’ pada 30 Disember dan majlis pelancaran ‘My Buskers Corner’ pada 31 Disember.

“Pameran anti dadah, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran sudut ‘Waste to Wealth’ dan kaunter perkhidmatan tempat letak kereta juga akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Disember dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Syron berkata, pameran ‘Buskers’ akan berlangsung pada 31 Disember dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala, aktiviti ‘booth’ promosi dan ‘Funland’ dan ‘6D Cinema’ akan diadakan pada 30 dan 31 Disember.

Katanya, pengguna jalan raya juga dimaklumkan bahawa Jalan Bandaran dan Jalan Perpustakaan akan ditutup secara sementara pada 30 Disember, pukul 1.30 hingga 5 petang semasa acara ‘KK City Healthy Fun Ride’ dan pada 31 Disember, pukul 7 pagi hingga 12.30 tengah hari semasa majlis pelancaran ‘My Buskers Corner’. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan